I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 3, 2010

Masih suka??

Setiap remaja pasti akan melalui saat2 di mana mereka akan jatuh cinta atau menyukai seseorang tetapi pasti ada di antara kita yang menganggap semua perkara itu adalah suatu perkara yang sia2.Namun pernahkah kita terfikir bahawa itu semua adalah perasaan semulajadi yang patut ada dalam diri setiap orang tetapi itu bukan lah alasan untuk kita terus mencintai orang sehinggakan kita mengabaikan semua yang ada di hadapan kita dan janganlah kita merosakkan masa depan kita semata-mata kerana cinta yang belum tentu menjadi milik kita dan ingatlah bahawa kita masih muda dan belum tiba masanya untuk kita mencintai manusia kerana usia kita sebagai remaja kini adalah untuk mencari cinta yang abadi yakni cinta terhadap Allah yang maha esa.

Apabila kita sudah temui cinta yang abadi itu barulah kita mampu mencintai seseorang semata-mata kerana Allah Taala.Namun ada yang sudah mencuba untuk menjauhkan diri dari terjebak dengan cinta remaja tetapi inilah lumrah...semakin kita cuba menjauhkan diri semakin dekat ia menghampiri,jika situasi ini menghantui dirimu berpuasalah kerana puasa itu mampu menjauhkan dirimu dari segala perbuatan mungkar.Jiwa remaja sering digoda oleh syaitan untuk melakukan segala perbuatan yang mungkar..mungkin kamu telah menyukai seseorang dan kamu telah melakukan segala yang termampu untuk memadamkan perasaan kamu terhadapnya tetapi kamu gagal jadi kamu menjauhi diri darinya....usaha kamu hampir berjaya tetapi setiap kali kamu berjumpa dengannya perasaan kamu kembali berputik...pada ketika itu tiada salahnya jika kita melakukan solat sunat dan meminta petunjuk dan mengadu pada-Nya tentang perasaan kamu itu..sesungguhnya hanya pada-Nya tempat untuk kita mengadu segala masalah...insyaallah masalah kamu akan dipermudahkan percayalah pada Allah dan yakinlah akan kekuasaan-Nya.

Setiap doamu akan diperkenankan Allah dan kesabaranmu dalam menempuhi setiap dugaan remaja itu akan diganjari pahala yang besar.Yang penting jagalah maruahmu serta maruah keluargamu...bersabarlah kerana suatu hari nanti kesabaranmu akan menjaga maruahmu dan menemukan dirimu dengan insan yang lebih baik...wallahua'lam




 

Tuesday, November 30, 2010

Solat tapi tak bertudung????

Saya ni kadang2 layan jugak citer2 indon kat tv3 tp bru2 nie tetibe plak saya ngn kwn2 saya terpikir sesuatu yg jg x asing bg masyarakat kte.Dlu ade satu cte yg sgt terkenal kat tv3.Cte 2 diadaptasi dr cte dongeng masyarakat melayu iaitu cte bawang putih bawang merah.Watak utama dlm cte 2 dikatekan rajin solat tp ble pegi ke sekolah pakai skirt pendek x pakai tudung.Lepas 2 tetba plak dtg pari2 tlong die dan kononnye die dtg sbb die banyak beribadat dan sebagainye.Si bawang putih 2 pn asyik mntk tolong kat pari2 2 tp kalu dpikirkn balek bkn ke e2 dh dkira syirik sbb die mntk tolong kat makhluk len selain Allah SWT

Tapi die x penah tggl solat mmg la e2 satu bnde yg baek dan akn dpt pahala tapi ble keluar x pnah tutup aurat spenuhnye bkn ke mcm 2 dah dpt dosa jd ape gne kte solat kalu kte x tutup aurat.Kalu kte nk buat baik jgn la buat baik alang2.Kalu kte nk buat baik,buat baik btul2,ble nk beribadat,beribadat la btul2.Tapi pepatah melayu ade mengatakan buat baik berpada2,maksudnye kalu kte nk buat baik pn jgn la smpi org berniat jht kat kte nk pergunekn kte.

Sambungan pada pepatah 2 ialah buat jahat jgn skali secare rgkasnyejgn la skali2 kte berbuat dosa xksah dosa ape pn kecik ke besar ke yg pntg kte cbe jauhkn dr kte dr dosa,tp kte suma adalah manusia yg x terlpas dr mlakukn dosa jd stiap malam kte maafkn la sesiapa yg ade buat dosa kat  kte dan jgn lpekn tuhan yg pntg jge solat,baca quran dan buat solat sunat taubat serta jgn lpe istighfar dan selawat.

Berbalik pada topik utama kte td solat tapi x bertudung.Mgkn ade yg kat luar sane yg pnh mlakukn bnde2 mcm nie.Mgkn ade yg beranggapan yg nk bertudung nie suma kne tggu dpt hidayah bru la nk pakai tudung,tp cbe la pk kalu la tggu dpt hidayah ble kte nk berubah...hidayah x kn dtg sndr kte yg kne cri hidayah 2 sndr.Insyaallah....kalu kte sntiase mncri hidayah dr Allah segala pekerjaan kte akan dpermudahkn dan Allah akan sntiasa mnjge kte dr godaan duniawi yg melalaikn ini.Oleh itu,para remaja cbe la prbaiki diri dan ibadah kte.Almaklum la iman kte nie umpama roda,sekejap di atas ,sekejap di bawah.

Saya rasa itulah saja untuk hari ini smoga nasihat saya boleh membantu rakan2 diluar sana.Maafkn la saya skiranya kte2 saya menyinggung perasaan sesiapa di luar sana,saya nie cme manusia biasa yg x lpas dr mlakukn ksilapan jd saya mntk maafpd suma yg membca blog sya nie.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....


Monday, November 15, 2010

Adakah cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w adalah benar?

Apabila diri kita ditanya akan rasa cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w kita sering menjawab bahawa kita sudah cukup cinta dan menyayanginya.Tetapi adakah ianya benar?Tanyakan pada diri anda sendiri...adakah diriku sudah cukup menyayangi Rasulullah s.a.w JIKA aku tidak melaksanakan sunnahnya??Adakah aku sudah cukup mencintainya JIKA aku tidak pernah sekali pun berselawat atasnya??

Adakah sudah cukup sekiranya aku hanya sekadar menyatakan yang aku cinta padanya??????ADAKAH ITU SUDAH CUKUP????????????????Sangat sedih tatkala melihat anak muda kini menghina sunnah Rasulullah s.a.w.,ingatlah remaja semua sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan Nabi s.a.w sebagai insan pilihan terbaik di seluruh alam ini..tiada manusia lain yang lebih sempurna darinya.

Muhasabahlah diri kamu wahai remaja sekalian....kiamat sudah memanggil kita yakni insan akhir zaman..bertaubatlah dan pupuklah cintamu terhadap rasul mu kerana cinta Rasulullah s.a.w terhadap umatnya tidak pernah padam..kalimat akhir baginda yakni ummati,ummati,ummati bermaksud umatku,umatku,umatku sudah cukup membuktikan betapa cintanya baginda terhadap kita.

Sepanjang hidup baginda dikorbankan demi melengkapkan dan untuk menjaga akidah para umatnya..sayangilah baginda cintailah baginda yang telah berkorban segala-galanya demi umatnya yang tercinta..betapa besarnya pengorbanan baginda..sekiranya kita tidak pernah berselawat atau mengamalkan sunnahnya kita bukan sahaja tergolong antara orang-orang yang tidak bersyukur malah kita telah menzalimi diri kita sendiri.