I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 15, 2010

Adakah cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w adalah benar?

Apabila diri kita ditanya akan rasa cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w kita sering menjawab bahawa kita sudah cukup cinta dan menyayanginya.Tetapi adakah ianya benar?Tanyakan pada diri anda sendiri...adakah diriku sudah cukup menyayangi Rasulullah s.a.w JIKA aku tidak melaksanakan sunnahnya??Adakah aku sudah cukup mencintainya JIKA aku tidak pernah sekali pun berselawat atasnya??

Adakah sudah cukup sekiranya aku hanya sekadar menyatakan yang aku cinta padanya??????ADAKAH ITU SUDAH CUKUP????????????????Sangat sedih tatkala melihat anak muda kini menghina sunnah Rasulullah s.a.w.,ingatlah remaja semua sesungguhnya Allah SWT telah mengutuskan Nabi s.a.w sebagai insan pilihan terbaik di seluruh alam ini..tiada manusia lain yang lebih sempurna darinya.

Muhasabahlah diri kamu wahai remaja sekalian....kiamat sudah memanggil kita yakni insan akhir zaman..bertaubatlah dan pupuklah cintamu terhadap rasul mu kerana cinta Rasulullah s.a.w terhadap umatnya tidak pernah padam..kalimat akhir baginda yakni ummati,ummati,ummati bermaksud umatku,umatku,umatku sudah cukup membuktikan betapa cintanya baginda terhadap kita.

Sepanjang hidup baginda dikorbankan demi melengkapkan dan untuk menjaga akidah para umatnya..sayangilah baginda cintailah baginda yang telah berkorban segala-galanya demi umatnya yang tercinta..betapa besarnya pengorbanan baginda..sekiranya kita tidak pernah berselawat atau mengamalkan sunnahnya kita bukan sahaja tergolong antara orang-orang yang tidak bersyukur malah kita telah menzalimi diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment