I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 3, 2010

Masih suka??

Setiap remaja pasti akan melalui saat2 di mana mereka akan jatuh cinta atau menyukai seseorang tetapi pasti ada di antara kita yang menganggap semua perkara itu adalah suatu perkara yang sia2.Namun pernahkah kita terfikir bahawa itu semua adalah perasaan semulajadi yang patut ada dalam diri setiap orang tetapi itu bukan lah alasan untuk kita terus mencintai orang sehinggakan kita mengabaikan semua yang ada di hadapan kita dan janganlah kita merosakkan masa depan kita semata-mata kerana cinta yang belum tentu menjadi milik kita dan ingatlah bahawa kita masih muda dan belum tiba masanya untuk kita mencintai manusia kerana usia kita sebagai remaja kini adalah untuk mencari cinta yang abadi yakni cinta terhadap Allah yang maha esa.

Apabila kita sudah temui cinta yang abadi itu barulah kita mampu mencintai seseorang semata-mata kerana Allah Taala.Namun ada yang sudah mencuba untuk menjauhkan diri dari terjebak dengan cinta remaja tetapi inilah lumrah...semakin kita cuba menjauhkan diri semakin dekat ia menghampiri,jika situasi ini menghantui dirimu berpuasalah kerana puasa itu mampu menjauhkan dirimu dari segala perbuatan mungkar.Jiwa remaja sering digoda oleh syaitan untuk melakukan segala perbuatan yang mungkar..mungkin kamu telah menyukai seseorang dan kamu telah melakukan segala yang termampu untuk memadamkan perasaan kamu terhadapnya tetapi kamu gagal jadi kamu menjauhi diri darinya....usaha kamu hampir berjaya tetapi setiap kali kamu berjumpa dengannya perasaan kamu kembali berputik...pada ketika itu tiada salahnya jika kita melakukan solat sunat dan meminta petunjuk dan mengadu pada-Nya tentang perasaan kamu itu..sesungguhnya hanya pada-Nya tempat untuk kita mengadu segala masalah...insyaallah masalah kamu akan dipermudahkan percayalah pada Allah dan yakinlah akan kekuasaan-Nya.

Setiap doamu akan diperkenankan Allah dan kesabaranmu dalam menempuhi setiap dugaan remaja itu akan diganjari pahala yang besar.Yang penting jagalah maruahmu serta maruah keluargamu...bersabarlah kerana suatu hari nanti kesabaranmu akan menjaga maruahmu dan menemukan dirimu dengan insan yang lebih baik...wallahua'lam




 

No comments:

Post a Comment