I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rencana

Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda

Oleh asriwn86
bodycontact telah menulis “Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan
bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"



Buang black head dan white head pada muka

Ada beberapa petua menghilangkan masalah ini. Antaranya adalah:
  1. Rendam tisu dalam putih telur. Tampal tisu itu pada muka. Biakan hingga kering. Tanggalkan tisu itu. Black head dan white head akan ikut tertanggal.
  2. Guna bahagian dalam kulit pisang berangan sebagai scrub.
  3. Hancurkan betik masak dan sapu pada muka.
  4. Pegaga dicampur bersama bedak sejuk dan sapu pada wajah.
Cubalah salah satunya.


Wanita suka diseksa
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com


“Walau dikeji, tak dipeduli dan ditinggalkan, namun cinta ku tetap kepadanya. Aku akan tetap mengagungkan kesetiaan ku kepadanya sampai bila-bila…” 

Ungkapan sebegini, berjuta kali kita mendengarnya, malah mungkin juga kita sendiri pernah memperkatakannya. Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah ada satu suara halus dari dalam diri kita yang berbisik. “Kau kena setia, kalau kau tak setia…nanti dia juga sama.”

Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda yang berkata-kata. 
Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut “Abang Cinta” menasihat dan memberi pendapat…jawapan mereka yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :-

  • Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro
  • Sudah 4 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti
  • 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada yang lain bro.
  • Biarlah, dia nak buat kat saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia.
Apabila bro cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki yang lain, atau pun sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan kepadanya… Si gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang entah kemana :-
  • Tak bro…dia tak macam tu…dia baik
  • Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni
  • Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat…
  • Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya
…dan berbagai-bagai alasan lagi KHAS diberikan kepada bro demi dia yang dicintai. Sedangkan, si dia sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang lain, mungkin sudah kahwin.
Tapi, wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih mempunyai harapan untuk terus bercinta dan bahagia bersama lelaki itu. Namun di akhir perbualan, selalu wanita itu akan berkata, “Kalaulah bro tahu dan rasa bagaimana terseksanya jiwa, batin saya…”
So, jelaslah… "WANITA SUKA DISEKSA!" Namun mungkin hanya diwaktu mereka masih buta dalam bercinta. Yang pasti, TIADA WANITA YANG SUKA DISEKSA...tetapi ramai yang membiarkan penyeksaan itu berlaku... seolah-olah suka diseksa!

Tapi takkan nak buta cinta sampai berbulan-bulan. Ada pula yang bertahun-tahun. Anda tak rasa pelik ke??…wanita ini tahu yang hidup mereka terseksa, wanita ini sedar yang mereka telah ditinggalkan…tapi mengapa masih mahu menunggu? Mengapa masih mahu setia?…
 
Pendapat Brother Love : 
Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang menagih cinta. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN.
Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang terjadi, itu adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah mengagak!
  • Bila sudah berhari-hari tak call : Jawapannya - Sudah ada orang lain la tu
  • Bila bercakap kasar : Jawapannya - Sudah bosan dengan perhubungan kita la tu
  • Bila selalu keluar tanpa kita : Jawapannya - Mulai nak cari yang lain la tu
  • Sudah tidak mesra : Jawapannya - Sudah tiada cinta dan sayang lagi
  • Menghilang diri : Jawapannya - Sengaja melarikan diri dari kita
Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu, tapi mengapa masih mahu menyeksakan diri anda dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda suka diseksa??
Bro minta anda cari aje pasangan yang baru, atau pun kawan baru, kehidupan baru, teman baru, perhubungan baru, buka lembaran baru,
 “Berhenti menyeksa diri anda sendiri beb, MOVE ON!!!” 






Apakah maksud jodoh?
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com


Maaflah jika artikel bro kali ini lebih kepada pendapat dan mungkin tidak disetujui kalian semua. Tapi this is my opinion...

Apabila anda bertemu pasangan anda, kemudian anda berkata pada diri sendiri yang dialah satu-satunya pasangan yang anda ingin sehidup semati, kemudian setelah sekian lama bercinta, orang mulai tertanya-tanya, 

"Bila nak kahwin?...dah buat ke persiapan?...famili dah setuju ke semuanya?"

Apakah jawapan anda? Dengan tersengih-sengih dan malu-malu kucing, hati berdebar-debar anda mulai menjawab, "Kalau ada jodoh, adalah..."

Jelas sekali di sini, maksud kepada jodoh anda ialah, jika perhubungan anda berkekalan, jika ada rezeki, jika tiada aral melintang MAKA kahwin lah anda...betul? Maknanya, di sebalik usaha anda itu, anda berserah kepada yang Esa, sekiranya Tuhan membawa jodoh itu kepada anda, maka kahwin lah anda, KAN??...hehehe...jawab aje lah YA! hehehe...betul lah tu jawapan anda tu....

Cuma, pendapat bro, MAKSUD JODOH yang sebenarnya ialah bukan sehingga kita berkahwin, maka dia lah jodoh kita...NO. Walaupun you sudah berkahwin, itu tidak bermakna anda sudah bertemu dengan jodoh anda. KERANA, anda boleh terpisah, anda boleh bercerai, bila-bila masa!
"JODOH IS A PROCESS OF HARDWORK!
USAHA DAN TERUS BERUSAHA! Itulah Jodoh!"
 


Ramai di antara kita, apabila sudah berkahwin, that's it! Itulah jodoh kita. Dah tak nak berusaha untuk kebahagiaan, untuk ceria, gembira, hangat, perhubungan yang exciting sampai bila-bila. Usaha kenalah berterusan, jangan sampai leka. Kerana, apabila anda mulai leka, kecurangan pasti akan berlaku!

Seperti dalam sebuah perniagaan, apabila produk anda ada elemen exciting, interesting, hebat dan hangat, bertahun-tahun lama makin memberangsangkan barulah LAKU! Tapi kalau produk anda malap, hambar, di takuk lama, membosankan, sapa nak membeli!, Bangkrupt lah!...

Inikan pula sebuah perkahwinan...untuk jodoh yang berpanjangan, anda kena berusaha untuk menjadikan ia exciting, interesting, hebat dan hangat, bertahun-tahun lama makin memberangsangkan...itulah maksud jodoh sebenarnya. It is a process! 
 





Surat Cinta tragis
Oleh : Dekno
dekno_05@yahoo.com


----- Forwarded Message ----
From:XXXX <xxxx@yahoo.com>
To: YYYYY <yyyy@yahoo.com>
Sent: Saturday, January 13, 2007 11:34:51 AM
Subject: Buatmu.....baca la dulu...jangan dipadam...lepas sudah dibaca..nak padam, padam la......

Assalamualaikum......

Kehadapan saudari, moga-moga sihat hendakNya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca email ini. Ini bukanlah utusan untuk menagih cinta tapi sekadar ungkapan hati terakhir saya terhadap saudari. Saya kira sudah tidak sesuai saya menggunakan panggilan "abang" ataupun "sayang". Sebab saya rasa lebih selesa dan setaraf menggunakan panggilan saudari sahaja.

Terlebih dulu biar saya mulakan warkah ini dengan sedikit kenangan dipertemuan kita yang pertama. Masa itu kita masih lagi menuntut, dari balas membalas sms hinggalah ke panggilan telefon. Ketika itu, semuanya indah. Almaklumlah kita telah lama mengenali antara satu sama lain, cuma kesempatan untuk bersua muka dan bertanya khabar tidak dapat kita lalui sebelum itu. Dari sinilah kita berjanji untuk hidup semati melayari bahtera percintaan.

Sepanjang perhubungan yang memakan masa bertahun lamanya, kita telah melalui pelbagai ranjau dan duri. Semuanya kita dapat hadapi dengan tenang dan sabar. Masa itu saudarilah segala-segalanya bagi saya. Tempat saya mencari ketenangan dan keabadian duniawi. Boleh dikatakan memang sesuatu yang tidak mungkin saya lupakan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sepanjang waktu ini, saudari mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang kekasih. Saya anggap inilah masa dimana tahap percintaan kita berada dikemuncak yang paling tinggi.

Lebih menyemarakkan lagi hubungan kita, apabila keluarga tidak membantah mengenainya. Walaupun saya tidak nafikan bahawa ada sedikit keraguan dari keluarga saya. Namun saya tetap dengan pendirian saya. Mencintai saudari dengan sepenuh jiwa raga saya. Kata-kata orang saya tolak ketepi hanya kerana saya sayangkan saudari. Itulah namanya cinta. Cinta yang tidak mengenal erti kepayahan, erti kesusahan dan banyak lagi definasi yang boleh diberikan. Namun apakan daya, cinta juga boleh menjadi racun dan parutnya akan kekal sehingga keakhir hayat.
 
Namun segalanya berubah setelah kita berjauhan sekali lagi. Kali ini atas dasar mencari peluang kehidupan ditempat orang. Saya masih ingat ketika saya nyatakan kepada saudari yang saya akan berkerja di Kuala Lumpur, saya lihat wajah saudari berubah. Memang saya faham situasi yang dilalui saudari ketika itu. Sebenarnya saya pun berat untuk meninggalkan saudari, tetapi apakan daya. Saya perlu berbakti kepada kedua ibubapa saya, dan inilah jalan yang terbaik untuk masa depan keluarga saya malah untuk kita juga. Lebih-lebih lagi sayalah satu-satunya harapan kepada keluarga. Dan saya amat bersyukur kerana saya mempunyai pengarang jantung yang memahami situasi saya ketika itu.

Kuala Lumpur sebuah tempat yang asing bagi saya. Namun, saya tekatkan semangat tetapkan hati untuk meredah hutan batu ini yang sememangnya penuh dengan cabaran dan godaan. Itulah Kuala Lumpur. Pada suatu pagi 15 haribulan Mei 2005 saya selamat sampai di Stesen Putra, tempat dimana bas-bas dari pantai timur menurunkan penumpang. Dengan hanya membawa pakaian sehelai sepinggan, saya membawa diri. "Dimanakah tempat yang harus kutuju?". Akhirnya  teringat saya kenalan di Sentul. Jadi saya gunakan peluang ini untuk menumpang setenggah hari dirumahnya kerana awal jam 9, saya dikehendaki melaporkan diri di tempat kerja baru saya. Sehinggalah sekarang. Saya tempuh dengan penuh semangat dan matlamat. Untuk keluarga dan juga untuk kita.
  
Kerana kerja, saya mula mengenali beberapa individu-individu yang saya anggap sebagai sahabat malah saudara kepada saya di bandaraya ini.  Maklumlah saya seperti mana yang saudari tahu, memang tidak mempunyai saudara mara disini. Saya disini sebatang kara, mencari rezeki ditempat orang. Namun "Alhamdulillah" saya sekarang mempunyai rakan taulan yang baik, malah jiran yang perihatin. Dari sini saya mengenali beberapa orang individu yang saya anggap hanyalah sebagai seorang adik. Yang sudi menemani dan bertanya khabar tentang saya. Ketika itu hubungan kita sudah dingin. Harapan bertanya khabar saudari tentang saya jarang saya terima. Apabila saya bertanya khabar kepada saudari melalui sms, saudari selalu saja mengantuk ataupun mahu menonton rancangan kegemaran saudari. Namun saya akur kepada semua itu. Ini menyebabkan saya membalas, semasa saudari berkirim sms kepada saya, saya selalunya akan memberi alasan mengantuk. Dengan harapan saudari faham ertinya. Namun semua itu tidak berhasil.

Tanggal 9 haribulan Januari 2007
 
Sekarang biarlah saya mulakan perenggan ini kepada titik dan detik hubungan kita musnah. Perkenalan saya dengan individu yang mungkin saudari anggap sebagai orang ketiga, adalah secara kebetulan. Yang saya anggap sebagai adik angkat saya. Biarlah saya memanggilnya adik angkat sahaja dalam luahan hati saya ini. Agar tidak timbul perasaan benci dihati saudari. Malah bukan dia sahaja yang saya berkenalan, tetapi banyak lagi gadis-gadis yang mengenali saya. Namun sebagai seorang abang dan adik, mestilah hubungan kami lebih rapat. Saya tidak pernah merasiakan hubungan kita. Malah saya pernah memberitahunya yang kita sudah bertunang. Sekali diingat memang terukir senyuman diwajah. Akhirnya hubungan yang rapat bertukar menjadi akrab, namun saya masih menganggap dirinya hanyalah seorang adik. Dan kerana hubungan inilah, yang menyebabkan timbul perasaan iri hati dikalangan beberapa gadis kenalan saya yang lain. Memang betullah pesanan ayah saya bahawa manusia memang tidak boleh lari dari penyakit hati ini.

Tekaan saya tepat, suara-suara sumbang mula terbang ketelinga kekasih hati adik angkat saya. Hubungan mereka semakin retak, atas dasar cemburu buta yang membuta tuli. Kenapalah tidak diperiksa terlebih dahulu sebelum membuat andaian. Malah saya pernah memutuskan bahawa kami tidak sepatutnya berjumpa lagi. Berjumpa dalam erti kata lain, ialah keluar makan dan adakalanya menonton wayang bersama. Itupun bukan kami berdua sahaja, malah ada orang lain yang mengikut. Disinilah mula timbul perasaan kesian melihat keadaan hubungan adik angkat saya ini. Malah segala masalah diceritakan kepada saya. Dan saya percaya dia juga berkongsi masalah tersebut dengan saudari. Hingga ke satu tahap saya melihat dia dikasari oleh kekasihnya, bukan kekasaran yang biasa tetapi bertukar menjadi ganas. Saya sendiri pernah menasihati kekasihnya itu. Namun nasihat tidak diperdulikannya. Yang menjadi mangsa belasahan merupakan adik angkat saya sendiri. Saya tidak sanggup melihat semua itu. Akhirnya dia menyatakan kepada saya yang dia sudah berpisah dengan kekasih hatinya itu. Terdetik satu pertanyaan dihati saya, "adakah kerana aku dia berpisah, ohhh tidak, apa yang telah aku lakukan" itu yang bermain dipemikiran saya ketika itu. Lebih memburukkan lagi keadaan dia menyatakan rasa hatinya kepada saya. Memang betul kata orang tua, jiwa wanita senang untuk ditakluki hanya kerana kebaikan seorang lelaki dan begitulah sebaliknya. Kebaikan yang diberikan disalah ertikan. Namun saya tidak menyalahkan dirinya kerana memendam perasaan kepada saya. Hinggalah kesuatu saat perasaan bersalah dan kesian saya bertukar menjadi sayang. Saya tidak tahu adakah ini datang dari naluri saya atau hanyalah simpati yang menyerupai sayang.

Disinilah mula terdetik perasaan dihati saya yang menyatakan, "aku tidak boleh meneruskan sandiwara kotor ini". Sebab itulah saya memutuskan untuk berpisah dengan saudari. Bukan untuk bersama dengan adik angkat saya. Malah penglibatan adik angkat saya itu hanyalah rekaan saya semata-mata. Kerana saya tidak boleh menipu, berbohong kepada saudari. Alasan itu sebenarnya adalah alasan yang terakhir saya, kerana alasan pertama saya adalah sebab keluarga dan juga masa depan. Saya tidak nampak masa depan antara kita lagi. Hubungan kita memang sudah renggang ketika itu sama ada saudari perasaan atau tidak, terpulanglah. Berat untuk saya menyatakanya kepada saudari. Namun saya gagahkan semangat untuk menyatakannya juga. Dengan harapan agar saudari faham akan tindakan saya ini.
 
Akan tetapi tekaan saya meleset sama sekali, kita terputus hubungan seketika sahaja. Ini kerana seseorang individu yang perihatin dan mengambil berat mengenai diri saudari mula menghubungi saya. Kita boleh menipu dengan perkataan atau perbuatan, namun sama sekali tidak dapat menyembunyikan perasaan hati ini. Bergitulah juga apa yang berlaku keatas diri saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada individu tersebut diatas usahanya yang murni itu. Tidak perlulah saya ceritakan lebih lanjut lagi, kerana saudari tentunya lebih maklum dengan apa yang terjadi. Namun saya sedar kenapa saudari berkelakuan sebegitu. Dan saya faham. Sebab itulah saya menerima saudari semula dalam hidup saya. Saya akui memang saya seorang lelaki yang lemah, tetapi lemah saya hanyalah kerana cinta.

Dan bukanlah niat saya untuk mengungkit perkara tersebut, cuma yang menyebabkan saya terkilan adalah sikap saudari ketika ingin berpisah dengan saya beberapa hari lepas. Saya nyatakan begitu kerana perpisahan pertama kita, memang ada kaitannya dengan perpisahan beberapa hari lalu. Dimasa lalu, setiap peluang saya berikan kepada saudari untuk menyuarakan rasa hati saudari. Baik melalui sms, malah saya menelefon saudari membincangkan dan mendengar rintihan serta tangisan saudari. Tidak pula terniat dihati saya untuk membeli nombor telefon yang baru. Apatah lagi menukar nombor tersebut dengan orang lain. Kerana saya tahu, ketika itulah masa saudari mengalami tekanan yang kuat. Peluang dan ruang saya berikan secukupnya untuk saudari.Walaupun jika diingat cercaan saudari sebelum itu, tidak ada maknanya peluang itu diberikan. Tetapi saya bukan kejam dan tidak berperikemanusian seperti saudari. Malah saya pernah menebalkan muka menjawab panggilan telefon saudari dihadapan tetamu dan juga majikan saya semasa mesyuarat syarikat dijalankan. Malunya saya ketika itu. Tetapi saudari tetap saya layan, walaupun menyakitkan. Masih ingatkah saudari?

Tetapi apabila tiba giliran saya yang hendak ditinggalkan, kenapa peluang dan ruang tidak diberikan kepada saya? Semua ruang ditutup rapat bagaikan mengunci diri sendiri didalam kotak kecil lagi gelap. Ini membuatkan saya hampa dengan sikap saudari. Saudari sepertinya tidak yakin dengan keputusan saudari. Peluang dan ruang yang saya inginkan pada beberapa hari lepas bukan untuk mencari jalan menambat hati saudari, malah bukan untuk menyatakan rasa cinta saya kepada saudari. Apa yang saya inginkan adalah, masa saudari agar dapat mendengar segala rintihan dan luahan hati. Lebih-lebih lagi mendengar suara saudari untuk terakhir kalinya, walaupun apa yang saya akan dengar adalah perkataan perpisahan dari mulut saudari, namun saya akan tetap redha mendengarnya. Agar saya yakin, keputusan yang saudari buat adalah berdasarkan diatas kerelaan hati saudari yang sepenuhnya. Bukan lari meninggalkan saya parah lagi hancur kesorangan setelah saya dilanggar dan patah remuk semuanya. Saya rasa saudari pun pernah merasainya. Hendak rasanya saya pergi ke Kuantan mendengar sendiri dari mulut saudari. Bukan kerana untuk memujuk, tetapi untuk memberi kekuatan kepada saya melupakan saudari dari dalam hati saya. Bantu yakinkan saya, yang saudari boleh meneruskan hidup dengan tenteram tanpa saya. Itu sahaja yang saya hendak daripada saudari. Kalau beginilah sikap saudari, nescaya saudari akan terus lari dari saya. Harus diingat kita sekampung malah berjiran. Sampai bila saudari akan lari?

Jikalau itupun saudari tidak dapat berikan kepada saya, sekurang-kurangnya berilah saya peluang dan ruang untuk mendengar suara saudari untuk kali terakhir. Bukan untuk mencerca, tetapi hanya untuk menyampaikan ucapan semoga saudari berbahagia. Dan sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi berita yang saudari sampaikan beberapa hari lepas, yang menyatakan saudari sudah menemui pilihan hati. Izinkan saya mengucapkan selamat berbahagia kepada saudari berdua. Tetapi malangnya, itupun saudari tidak dapat berikan kepada saya. Peluang itu sahaja yang saya inginkan.
 
Kerana rasa yang tidak puas hati saya ini, menyebabkan saya mengirimkan sms kepada buah hati saudari. Bukan untuk bertarung tenaga merampas saudari darinya, tetapi meminta tolong darinya agar saudari berani menyampaikan hasrat saudari sendiri kepada saya, tanpa perlu kepada penyataan dan ayat didalam YAHOO MESSENGER. Sehingga sekarang saya masih simpan dialog tersebut. Beranilah kiranya saudari tunjukkan yang saudari mampu melakukannya, bukan berselindung disebalik taipan ayat sahaja. Apa yang menyakitkan hati saya adalah, ketidak sudian saudari mendengar rintisan saya buat kali terakhir, itupun dalam YAHOO MESSENGER sahaja. Hati yang telah remuk, dihancur beraikan dengan tindakan saudari keluar dari YAHOO MESSENGER. Langsung tidak memberi peluang sedikit pun untuk saya. Tidak seperti peluang dan ruang yang saya berikan sebelum ini. Malah berbagai alasan yang diberikan untuk saudari tidak bersemuka dengan saya. Bukan bersemuka secara fizikal yang saya mahukan, tetapi hanya lisan yang saya perlukan. Katakan kepada saya yang saudari ingin berpisah dengan saya dengan yakin. Barulah saya dapat melepaskan saudari dengan tenang tanpa perlu memikirkan kesan kepada diri saudari. Jelas saudari tidak dapat menghadapi saya. Jelas hati saudari dipaksa untuk menyintai orang lain. Jika salah kata saya ini, buktikan. Itu sahaja yang saya mahukan. Tetapi sekali lagi saya hampa kerana tidak diberikan peluang.

Niat yang baik untuk meminta tolong dari kekasih hati pujaan kalbu saudari itu disalah ertikan. Malah dibalas dengan amaran supaya tidak menganggu saudari lagi, dan ayat yang tidak boleh dilupakan adalah "HAK AKU". Betapa hebatnya lelaki pilihan hati saudari. Tahniah saya ucapkan. Siapa dia untuk menyatakan hak tersebut kepada saya, bukankah saudari masih menjadi hak ibubapa saudari? Tetapi tidak dinafikan lelaki memang egonya tinggi. Namun tidak salah kita bertolak ansur dalam hal ini. Tidak perlulah dia menunjukkan dominasinya. Bukan itu yang saya inginkan. Berani kerana seorang wanita. Dari perkataan dalam sms itu dapat saya bayangkan yang sesuatu yang amat negatif telah saudari berikan kepadanya mengenai hal saya. KENAPA? Seperti sayalah penjahat lagi digeruni didunia ini. Saya ingatkan saudari tahu macam mana perangai saya, setelah kita bersama selama beberapa tahun. Namun jangkaan saya meleset sama sekali, sebaik sahaja saudari mengetahui tentang sms tersebut, saudari pula yang melatah memberi amaran kepada saya. Tanpa sebarang usul periksa, dan tanpa mendengar terlebih dahulu penjelasan saya. 

Itulah manusia. Berubah dengan sekilip mata. Insan yang saya kenal bukan setakat dua atau tiga tahun, malah lebih daripada itu sanggup melakukannya terhadap saya.
 
Disebalik kesakitan dan kepedihan itu, saya tidak salahkan saudari. Namun semuanya bermula dengan kesilapan saya sendiri. Saya mengaku silap dan salah, adalah berpunca dari diri saya sendiri. Saya membiarkan saudari mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan secepat mungkin. Salah saya juga kerana menyayangi seorang wanita dan mencintai seorang wanita. Itulah bezanya wanita pertama dengan saudari. Saya juga tidak dapat memberikan kepastian kepada saudari.
 
Tetapi di hari mulia lepas Hari Raya Korban, saya telah melakukan pengorbanan bukan sekadar pengorbanan haiwan tetapi perasaan cinta saya. Kepastian yang dicari sudah pun saya tetapkan. Cuma menunggu masa yang sesuai. Malangnya pilihan saya menjerat diri saya sendiri. Itu takdir ketentuan ilahi. Dihari ini saya terima dengan hati yang tenang dan tabah. Jangan kata saudari tidak mengetahui hubungan saya dengan adik angkat saya, hubungan ini hanyalah akan berakhir sebagai hubungan adik dan abang. Kami tidak akan ada peluang bersama. Namun dengan apa yang telah berlaku. Saya berserah kepada Allah Yang Esa sebulat-bulatnya. Biarlah saya ubati hati yang hancur ini terlebih dahulu, melupakan nikmat sebuah pencintaan. Kerana cinta saya kini hanyalah kepadaNya dan juga kepada keluarga saya.
 
Seperti diawal email ini, sudah saya katakan ini bukan usaha saya untuk menambat hati saudari mahupun mengikat saudari semula. Tetapi hanya sebagai satu cara saya meluahkan isi hati saya, agar saya tenang menghadapi dugaan ini. Email ini tidak akan timbul jika saudari tidak menutup semua ruang dan peluang yang telah saya nyatakan sebelum ini. Satu ruang yang kecil sahaja yang saya mahukan, namun malangnya tidak diberikan. Jadi email inilah sahaja satu-satunya cara untuk saya menyatakan segala apa yang terbendung dalam diri ini.
 
Diakhirnya, izinkan saya menyatakan sesuatu sebagai menutup utusan ini. Jikalau saudari sudah membaca sampai disini, terima kasih saya ucapkan. Kerana sudi memberi peluang ini kepada saya. Saya tahu apa yang saya taipkan ini terlalu panjang, tetapi percayalah ini adalah yang pertama dan terakhir buat saya untuk saudari. Adalah berbaloi hubungan cinta yang dibina bertahun lamanya diluahkan dengan isi kandungan yang berperenggan-perenggan. Bukan sekadar satu dua perenggan sahaja.
 
Jika saudari sudah membaca sampai disini pula makna saudari telah memberi saya tanggapan yang baik kepada saudari. Masih ada segelung kebaikkan didalam diri saudari. Masih ada sifat kemanusian didalam diri saudari.

Dan dikesempatan ini juga saya memohon kemaafan diatas segala ketelanjuran dan juga perkataan yang menyingung saudari. Sudah saya katakan, ini hanyalah luahan hati sanubari ikhlas dari saya. Dari saat saya menulis ini, sudah tidak ada apa-apa dendam dan tidak pula saya bertindak mencerca saudari. Saya anggap semua ini adalah jodoh ketentuanNya. Saya juga ingin megucapkan terima kasih saya kepada ibu saudari yang sudi mendengar luahan hati saya. Yang tidak dapat diberikan oleh saudari sendiri. Terima kasih.

Akhir kata izinkan saya sekali lagi, untuk mengucapkan sesuatu yang akan saya ucapkan jika ruang yang kecil itu diberikan kepada saya. Selamat berbahagia kepada saudari berdua. Saya irinkan doa moga-moga saudari berdua kekal sehingga keakhir hayat. Malah dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah. Kirimkan salam saya kepada dirinya, walaupun saya tidak mengenali dirinya, namun saya berharap dia dapat menjaga saudari dengan lebih baik daripada saya menjaga saudari.amin

Mungkin inilah jodoh kita. Dijodohkan bertemu hanya untuk bercinta. Dan kerana kekuasaanNya kita ditakdirkan berpisah seperti sebelum kita bercinta. Sebagai orang asing kita mulakan. Dan sebagai orang asing juga kita akhiri.

Wassalam......

XXXX Jan '07
 
INI ADALAH EMAIL DR SI DIA YG MASIH DEKNO SIMPAN....DAN HARI NI DEKNO KONGSI BERSAMA KAWAN-KAWAN SEMUA, MUNGKIN BILA ANDA SEMUA BACA...PUNCANYE DEKNO SENDIRI KAN....BUTA KERANA CINTA...BG DEKNO SI DIA TIDAK BERSALAH, CUMA DEKNO YG ALPA DGN CINTA..TIDAK MENGHARGAI YG BERADA DI DEPAN MATA...DAN PENYESALAN ITU TETAP TERSELIT DI SUDUT HATI....